SMK DP Kedit, Sekolah Bestari Luar Bandar Tahun 2010

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home NILAM Strategi Pelaksanaan

Strategi Pelaksanaan

E-mail Print PDF
LANGKAH PERTAMA

Wujudkan Jawatankuasa dalam organisasi sekolah, yang mana :
  1. Seorang guru perlu dilantik sebagai penyelaras NILAM dalam jawatankuasa PSS (NILAM adalah aktiviti sekolah), guru2 lain juga adalah guru NILAM.
  2. Guru NILAM bertanggungjawab untuk mengumpulkan data dari semua guru kelas.
  3. Menyelaraskan sistem Fail Kuasa NILAM, Fail Pengurusan NILAM.
  4. Menganjurkan aktiviti pembacaan (bekerjasama dengan guru lain).
LANGKAH KEDUA

1. Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku Bergerak/adakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman.
2. Menyediakan buku rekod (jual / riso).

LANGKAH KETIGA

1.  Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM :
- sebulan sekali/ 3 bulan sekali.
- tarikh akhir hantar laporan atau data
- ada laporan ringkas peningkatan.
- bacaan pelajar secara individu / kelas
- ada profil murid pembaca NILAM.
- ada rekod pencapaian jumlah buku ikut subjek – kelas – tingkatan.
2.  Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di rumah
3.  Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK - beri sticker pd buku rekod / SM – beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap)
4. Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) :
- guru matapelajaran tanda semasa kelas.
- guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan
- buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS
- guru beri data kepada penyelaras NILAM
- guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada penyelaras PSS.

LANGKAH KEEMPAT

1. Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid
2. Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS / semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca

STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN
  1. Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya :
    • Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
    • Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
    • Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard).
    • Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan Pembaca.
    • Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal.
    • Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia / Sains, galakkan tugasan folio & catatkan ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA

Ø Projek Pukal
Ø Projek Iqra’
Ø Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll)
Ø Khemah Membaca (pelbagai aktiviti)
Ø Bacaan Kegemaran Saya
Ø Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Projek Cakna
Ø Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas)
Ø Rantai Buku (sambung cerita)

LANGKAH KELIMA

1. Mengadakan Promosi Galakan Membaca
- Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG
- Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari Kantin / Mesy. PIBG
- Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku
- Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru :
- mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap.
- data murid menghantar ‘rekod bacaan’ NILAM teramai.
(dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)

LANGKAH KEENAM (GANJARAN)

Ø Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Ø Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
Ø Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.
Ø Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya.
Ø Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN

Ø Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber.
Ø Sokongan pihak pentadbir sekolah (pemantauan & kewangan)
Ø Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN
Ø Sponsor / sumbangan syarikat, NGO

 

Last Updated on Sunday, 07 March 2010 20:07